Petikan daripada buku Cara Rasulullah s.a.w. Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit
PENYEBAB BADAN ROSAK
Perkara yang boleh menyebabkan badan rosak adalah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamulail).
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang / barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan pula adalah berjalan tanpa alas, menyambut waktu pagi dengan wajah masam, banyak menangis, dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa. Manakala perkara yang menjadikan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) adalah berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak buat dosa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci adalah sombong, benci, berdusta dan suka mengadu domba.
KEFAHAMAN & INGATAN
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang boleh menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, makan sedikit dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
PERKARA YANG MENDATANGKAN & MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh mendatangkan rezeki adalah qiamulail (beribadah pada waktu malam selepas tidur), memperbanyakkan beristighfar di waktu sahur (sebelum waktu subuh), bersedekah dan berzikir pada waktu pagi dan petang. Manakala tidur waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat adalah antara perkara yang boleh menyekat rezeki.
dba : mulakan pg anda dengan senyuman...
Silibus Ustazhus Management System - Pengurusan Sukarelawan Pelajar untuk
Event
-
1. playboy..
Cth : bertegur sapa..
2. kasanova..
Cth : tegur then dapatkan maklumat..
3. Zatella..
Cth : konflik kepentingan..
4. Dominos..
Cth : fkir dul...
5 years ago
No comments:
Post a Comment