19 June 2010
duduk antara 2 sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.
05 May 2010
nawaitu
"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
mutiara kata yg dba tgk , baca dan taip dari bookmark
seronok je tgk bdk2 , main, nangis, gelak, main, nangis, gelak....xpyh pk masalah dunia..;)
17 January 2010
pengajaran dari bahtera NABI NUH
SATU: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.
TIGA: Rancang kehadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.
EMPAT : Kekal Sihat. Anda mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun.
LIMA : Ketepikan segala kritikan; Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.
TUJUH : Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.
LAPAN : Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah Siput dan cheetah juga berada dalam
SEMBILAN : Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.
SEPULUH : Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur; Titanic pula dibina oleh para profesional.
SEBELAS : Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila anda bersama-sama Allah s.w.t., kebahagiaan sentiasa menanti anda di hadapan.
10 January 2010
the gossip


Within a few days, the whole community knew the story.

The person it concerned was deeply hurt and offended.

Although surprised by this advice, the person did what was told to do.The next day the wise man said, "Now go and collect all those feathers you dropped yesterday and bring them back to me."
15 November 2009
adakalanya sesuatu yang kita anggap buruk rupa-rupanya amat baik dan berguna sekali untuk kita.
begitu juga, bukan semua yang kita sangka baik tidak semestinya benar-benar baik untuk kita,
kekadang di situlah punca kegagalan kita.
maka di situlah kita amat memerlukan suara hati yang digerakkan oleh Tuhan.
12 November 2009
08 November 2009
b.a.z.i.r.
1. Pembaziran ilmu pengetahuan -
2. Pembaziran amalan -
3. Pembaziran kekayaan -
4. Pembaziran hati -
5. Pembaziran tubuh badan -
6. Pembaziran cinta -
7. Pembaziran masa -
8. Pembaziran akal -
9. Pembaziran zikir -
05 November 2009
04 November 2009
28 October 2009
sempurnakah ?
Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual,bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.
22 October 2009
Sunnah Rasulullah s.a.w.
PENYEBAB BADAN ROSAK
Perkara yang boleh menyebabkan badan rosak adalah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamulail).
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang / barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan pula adalah berjalan tanpa alas, menyambut waktu pagi dengan wajah masam, banyak menangis, dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa. Manakala perkara yang menjadikan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) adalah berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak buat dosa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci adalah sombong, benci, berdusta dan suka mengadu domba.
KEFAHAMAN & INGATAN
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang boleh menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, makan sedikit dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
PERKARA YANG MENDATANGKAN & MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh mendatangkan rezeki adalah qiamulail (beribadah pada waktu malam selepas tidur), memperbanyakkan beristighfar di waktu sahur (sebelum waktu subuh), bersedekah dan berzikir pada waktu pagi dan petang. Manakala tidur waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat adalah antara perkara yang boleh menyekat rezeki.
dba : mulakan pg anda dengan senyuman...
24 August 2009
tazkirah minggu ini : kisah harimau, tikus, buaya dan lebah
untuk minggu ni, aku kopipes 1 cerita yg dh lama meronta2 dlm inbox emel aku, mtk aku smpaikan kpd hamba Allah yg lain....

jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, lari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.
Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.
Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu?

Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh... cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni...
habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. ..
Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu...
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
dba : tabiat manusia bila susah baru terhegeh2 mtk ptolongan dr allah
17 August 2009
tazkirah minggu ini
11 August 2009
IkLan jAwAtAn PPPT
C. Pegawai Penanti Padang Terhala (Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga)
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).
PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W: 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
dba : tiada apa yang pasti melainkan MATI
09 August 2009
tazkirah untuk minggu ini
"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
04 August 2009
29 July 2009
manUsIA...mAnUsIA...ManUsiA
27 July 2009
sUrAt " pEriNgAtAn " tErAkhir
26 July 2009
23 July 2009
renUng2kAn & sELamAt bEramaL
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela- gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?