08 November 2009

b.a.z.i.r.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan -
iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan -
iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan -
iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati -
iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan -
iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada
Allah SWT.

6. Pembaziran cinta -
iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.

7. Pembaziran masa -
iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal -
iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada
Agama.

9. Pembaziran zikir -
iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

No comments:

Post a Comment