30 July 2009

i lOvE U sO mUcH


Bonda...

kaulah segalanya-galanya buatku... akan ku pahat
namumu dihati ini selamanya

agar tiada insan yang berani bertahta dihatiku tanpa
kebenaranmu..
kerana ku pasti tiada insan yang mampu menjaga
hatiku seperti kau menjaganya....... tak kan kubiarkan mutiara jernih ini mengalir lagi agar
hatimu sentiasa gembira.

jangAn disAngkA clEar wAtEr no BoyA ...

huhuhu..kejadian mengharu birukan ati ni, bru je dikhabarkan oleh kengkawan aku..kejadian ni, agak menakutkan n mengejutkan la jugak sekiranya suspek yg kami aim tu, memang betul2 konpem buat bnda ni..xde dah suspek lain, melainkan dia..sebelum ni, kami hormat dia, memandangkan dia berusia dr kami, kami juga simpati kt dia memandangkan keadaan fizikal nya yang agak daif.. rupe2 nya , tu keja dia selama ni..kami betul2 xsangka...selalu gk time terserempak ngn dia, kami bertegur sapa..bkn takat bertegur sapa, siap menyembang panjang n beramah mesra plak tu..intipan demi intipan dibuat, tapi sayang kami gagal snap perbuatan terkutuk dia tu..bleh kol pck mazidul akmal ni, biaq masuk 360..hehe.;) bermula dr hari ini, kami kena sentiasa berjaga2 n berhati2...pengajarannya, jngnlah mudah menilai seseorang dengan perlakuan dan fizikal luarannya..yang elok diluar, xsemestinya elok di dalam, yang buruk di luar xsemestinya buruk di dalam...huh, jangan disangka clear water no boya na....
dba : hanya org tertuntu sahaja yang layak tahu kejadian mengharu birukan ni

29 July 2009

manUsIA...mAnUsIA...ManUsiA

" Allah s.w.t. mencipta manusia dalam keadaan sempurna, syaitan diciptakan daripada api dan ditambah dengan nafsu tanpa ihsan, malaikat dijadikan tanpa nafsu , tetapi manusia semuanya ada..so pilihlah yang mana berkenan , maka dapatlah hasilnya... "
*********************************************
" Janji Allah s.w.t memang ada, tetapi, tanpa usaha belum tentu Allah s.w.t akan tunaikan . Hanya manusia sombong saja yang memang malas untuk berusaha. "
**********************************************
"Allah s.w.t menjadikan manusia di muka bumi ini untuk menghambakan diri kepada-Nya....sejauh mana hamba Allah s.w.t sanggup menurut perintah yang disuruh, hamba Allah s.w.t akan melakukannya. Jika hamba itu lalai dan leka terhadap duniawi, maka kesempatan itulah di gunakan oleh syaitan untuk menyelinap masuk ke dalam hati.. bukan sekadar munafik, malahan sehingga kufur dgn perintah Allah s.w.t.."
************************************************
Manusia perlu ada toleransi, kejujuran, keyakinan dan keikhlasan dalam apa jua urusan...
dba : baru nk berjinak2 ngn ayt2 ketuhanan..;)

27 July 2009

sUrAt " pEriNgAtAn " tErAkhir

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak

26 July 2009

isnIn yAng kELam mEngkAbUtkAn

arini isnin, 1st time ajar shk..mai opis dh awl dh..ftstst ape yg patot..tp last2 minit kelam mengkabut jgk..cari nota yg nk ajar bebudk tu, tibe2 hilang..dh siap prepare jmaat lps..lupa ltk ktna....cari punye cari, tp xjmpa2..membe petisyen aku pn sama ..hilang note yg dia buat..nk xnk p jgk berjuang tnpa nota..kalo hbt xpa, masalahnya , xhbt wlaupn hmpir 3thn berjuang bnda yg sama..manusia mdh lupa kn..dh la klas kt h.Keeping.sebuah bilik yg dikunci dan memerlukan pengguna utk cari rajakunci di JHP sblm menerjah klas tu..ape kn daya ank2 sem 1, xbiasa n xfhm arahan aku termasuk lah kepala kelas...duk bertenggek la depa kt tepi, sisi n blakang bilik HK tu dgn peluh yg xsangga la...kesian pulak..aku dh la kelam mengkabut , p tgk klas berkunci, lg tensen..last2 aku mrh ngn ketua kelas..org dh bgtau p amik kunci kt JHP..alasannya, " lor, ingtkan utajah ada kunci" aku? kunci dba n knci w1 2.4 ada la.. msuk klas plak, xcukup krusi..yla ank rmai..smpai 54 orang..huh, nseb bek jnis yg xbuas..leh la ku kontrol..

hArI Ini hARi ahAd


hari ini hari ahad, weekend yang kebiasaannya di w1 2.4 akan bergemalah bermacam2 bunyi, bermacam2 paparan yg senantiasa diulang tayang...dr pg - mlm...dan penghuninya terpaksa tidak jemu menjamu mata dan telinga..hari ini tidak seperti weekend2 yg lepas ,w1 2.4 membisu seribu bahasa kecuali sesekali kedengaran penghuninya menghabiskan kredit pot pet pot pet.... menjadi sejarah dlm hidup w1 2.4 di mana ASTRO nya telah dipotong..hehehe:) mybe ala2 exhousemate aku potong keret time duk aras 5 dlu kot..hehhe..

mAhaR ALLAH s.w.t


24 July 2009

AlamAk....KuKKKKKK !!

ptg td, xtau la tulah ape yg menimpa dba...sempena ptg jumaat yg berbahgia sayap dba dengan gatainya telah mencium sayap sebijk kete (lupa nk amk no plate) yg paking tmpt aku biase basuh kete time muda2 dlu..skrang ni pn maseh muda lg..hehe.nsb bek pemilik dba bwk slow ja smbil lyn lagu selamat ulangthn syng...:) kbtulan tuan empunya kete tu, ada kt tepi kete die..huh, pemilik dba tergamam seketika...dan dengan selamba badaknya melemparkan senyuman org bersalah, smbil angkat tngn tanda sori.. takotnya....nmpk cm sayap kete tu ade berbekas gk sket hasil ciuman secara xsengaja dr dba...:( sepatotnya la, pemilik dba turun dr kete n say sori ..tp xtau la nape..myb terkejut n myb jugak tgk pemilik kete tu membalas senyuman yg lebar khusus buat dba(dlm ati mrh dba ape)....huhuhu.. tgk2, nextweek kua dr mulut intenet bgerak yg ustajah dba samseng..takotnya..ape pn kalo la terjmpa pemilik tu dlm masa terdekt, dba akan menyusun 10jari memohon seribu kemaafan di atas kecuaian tu..

dba : pengajaran hari ini, jgn drive kete smbil layn blues..huhuhu

23 July 2009

2 mInGGu bErsAma, sELamAnya tErAsa

huhuhu...kmarin bos gtau, DKE yg aku ajr akn dibubarkan dan ditopupkan ke klas lain... hepi tu memg hepi, sb klas jd kurang..tp sadis la jgk nk tinggalkan anak2 nda aku ni..walaupn bru 2 minggu knl, tp klas ni la yg paling sonok..sonok di ats sb2 tertuntu la...tapi mungkin ada hkmahnya kan..myb bdk2 ni akn dpt lect.yang lebih bagus dr aku..lebih berkaliber dr aku..lebih berdedikasi dr aku n lebih segala2 nya dr aku..

renUng2kAn & sELamAt bEramaL

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela- gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

22 July 2009

mEraikAn PerminTaan @ MeMekAkkan tElinGA

fuh! minggu ni aku ditimpa b'mcm2 jenis permintaan...dr kengkawan opis , dr kEngkAwan luA opIs, dr bonda terChInta ..alamak! sukar nya nk penuhi permintaan2 tu..

jika aku Aladdin, udah tentu aku leh kuarkan lmpu ajaib n gosok2 ngn kain buruk, tibe2 ting! semua permintaan diraikan..

jika aku Doremon, aku seluk je poket n kuarkan tongkat ajaib, sekali ting!
semua permintaan diraikan....

jika aku ahli Sihir, sekali aku Jegilkan mata aku, hayunkan tangan
semua permintaan diraikan.....

jika aku transformer, aku putar2 kan diri ini, aku kalih kanan, kalih kiri
semua permintaan diraikan......

apakan daya , aku hanya lah seorang insan yang diberi nama hasnida binti ibrahim.....
aku bukannya yuvie & Nuno yg bertahan menjaga hati bak tutur kata depa " Biarkan aku menjaga perasaan ini menjaga segenap cinta yang telah kau beri engkau pergi aku takkan pergi kau menjauh aku takkan jauh sebenarnya diriku masih mengharapkanmu. "

sukarnya nk meraikan permintaan berbanding memekakkan telinga ...

21 July 2009

eniiiii...angkat kain dijemuran, hujan dh turun...

2minit lg nk p kelas ni...xmkn lg ni...tp xpun rase lapaq...walaupun mata melilau tgk org depan n penjuru kanan aku ngah mkn ala2 maria tunku sabri...ehehhe.hujan ba......cmna ni...kelas dh nk mula...huhuhu..alasan msk kelas lmbt .....makin lebat ni...
syukur alhmdulillah, ondaway nk p kelas atas jembatan yg bley memayungkan aku dr kebasahan...aku kena chaw dulu, bdk2 petisyen aku dh menghambat aku ke kelas...huh

17 July 2009

anAkAnda2 kU yAng ...............

seronoknya.....esok lusa tulat cuti...yea2.......wlaupun xda pe2 plan menarik lg, tp rase seronok sgt2 setelah berhempas pulas + berkerah keringat jmp anak2 baru sem ni....jumlah ank makin bertambah...di congak2 jumlah anakanda2 ku seramai 150 orang... yang paling istimewa nya. anak2 ku mcm2 jenis bangsa n warna kulit...he..aku kawen champur ke...ahaks...

1st time masuk kelas, nmpk semua cm ok...nmpk minat nk belajar...cuma yg sedikit mengkacaukan jiwa aku bila 1st time msk kelas X ni...ade la sorang anakanda ku tu sebijik rupenya mcm (-----)... dh la tu, banyak ckp...bila disuruh baca quran , wow suara dia... sodap sangat...(mcm roti jala matagembira).ehhehe..terkedu aku dengar anugerah ciptaan Allah s.w.t. tu.....

aku sebenarnya, bnyk lg yang nk merapu, tp bdk2 petisyen aku ni la......menggangu konsentret aku...ayya...terbantut idea da.........

jAngAn mEncAri tErlAlu sEmpUrNa

Jika kamu memancing ikan……Setelah ikan itu terlekat di mata kail……Hendaklah kamu mengambil ikan itu……Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……Begitulah juga……Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……Anggaplah dia manusia biasa……Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayatDan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh mema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

01 July 2009

30 kEpAla 30 rAgAm

lama sungguh2 x 'memperbaharui' blogakuyangpunye ni...nk kata bz x jugok...tp bz la jugok.. sb mylobely bonda ada kt umh..InsyaAllah ujg minggu ni blk kg kt pasir puteh tepi pantai..kesian jugok kt mylobely bonda tu, borink tahap cipan dh ...duk tgk tv..semua crita dia tgk..anak wayang, suara hati, rahsia hati, 3 janda n yg paling dio suka kecuali cintaMu...ahaks...dio suka tgk asyraf muslim...bkn apo teringat2 crita yusuf yg si asyraf berlakon dulu... panjang pulok mukoddimah karangan ni..hehehe.baru mukoddimah , xmasuk isi kandungan lg nih..:)

30 kepala 30 ragam? heheheh.sajo buat ISU " gempaq slebriti kengkawan" ..aku kan bestprend MR ISU(org tertuntu je yg tau)...walaupun die dh buat mcm2 kt aku, tp aku tetap baik ngn die..aku kn baik...hehehehhe..

18 09 09 ni (bkn 16 09 09 tau) , cukuplah 3 thn aku keja kt tmpt keja aku ni la..selama tu la..mcm2 pengalaman dpt..dpt knl org tu mcm ni, org ni mcm ni..mcm2 jenis nusia aku jmpa.. yla, 30 kepala 30 ragam..
ada yang bila duk pong pang pong pang, 1 dunia leh dengar....xsalah kan, nama dh penCHARAH, suara mstpower...kalo time kita duk relak je, xpe...bleh tumpang 1 pasang kaki dengar, pastu gelak kecil dlm ati..hik..hik..hik.. tp kalo time JK (roja yg bg istilah ni,nk tau jmp roja) , rase cm nk bangun "WEI ! hangpa ingt opis ni pasar mlm ke!!!!!"..akn tetapi, mylobely bonda dh didik aku jdk SABAR ..so SABAR je la....
ade jugak yg suka sangat mengular..hehehe.termasuklah aku..tmbh2 time studnt xda..xtau nk wat ape..baik blk umh..leh jgk kemas2 umh n buat ape yg patut..konon2 la aku kemas umh, padahal.....
ade jugak yg hepi sokmo..xtau la aku bila masa dia sedih...ade yg suka kacau org...ade yg nmpk depan, baik je...rupe2 nya...seprais......jd, miss CCg ajar aku 'don't judge da book by its cover"..
ade yg MISTERI...(org tertentu je fhm)he.. ade yg suka mengampu BOss...depan boss bukan men lg...bla...bla...bla...blakang boss, hampes....ade yg xcukup ngn kain baju sendiri duk nk tlg jaga tepi kain org..kot2 koyak la kot...hahahha..ade yang, bila ckp, nk dia je yang menang, padahal sudah terang lagi bersuluh , dia salah...menyampes aku...ade yang semua benda dia tau, dr a-z...pdhl org len pun tadika jugak dulu, mst tau a-z....
emmmm 30 kepala 30 ragam.........

dba4624 : kepada sesiapa yg "terasa" maap ye...aku saje je, xda ape yg nk ditaip..taip benda2 yg ade depan mata aku...maap sekali lg ye....tp kan, suka ati aku la, blog ni, BLOGAKUYANGPUNYA!!!!