11 September 2009

pensyarah kedekut markah ?

susah jgk jd ckgu ni....nk failkan student, kena prepare ngn pelbagai risiko, walaupun student tu patut , layak n sememangnya fail..huh, mcm jgk situasi kt padang aku, kalo nk failkn studnt kena buat mcm2 bukti...malah, bila bukti dibuktikan, isu fail masih kontroversi...nth la labu, kita ni, xkn sesaje nk fail kn org...mst ada sebab munasabab nya...ditelan mati mak, diluah mati bapak....ni aku kopipes dr kosmo arini psl sorg letc yg bhdpn dgn "pensyarah kedekut markah"


KUALA LUMPUR - Selepas lapan bulan menahan sabar dan seksa, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Yasmin Norhazleena Md. Noor, 35, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tampil membuat laporan polis bagi menegakkan keadilan.
Yasmin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pukul 11.15 pagi semalam.

Semasa ditemui selepas membuat laporan, wanita itu berkata, tujuan laporan polis itu dibuat kerana Kementerian Pengajian Tinggi didakwa tidak menjawab surat aduan yang dihantar pada 19 Jun 2008.

Semasa isu itu dibangkitkan April lalu, Yasmin berkata, beliau tidak sangka dengan tindakan universiti itu yang mendesak supaya beliau meluluskan para pelajar gagal.Lebih sedih apabila Timbalan Naib Canselor Universiti itu juga mengeluarkan kata-kata fitnah bahawa beliau mempunyai niat jahat dalam menggagalkan pelajarnya.

"Saya mahu keadilan kerana Timbalan Naib Canselor juga memaki-hamun dan menghalau saya keluar dari USIM gara-gara saya enggan memanipulasikan markah pelajar untuk meluluskan mereka yang gagal," dakwanya.
dba : kadang2 kita terpaksa jd tidak jujur krn ada kuasa memaksa kita ke arah itu...

2 comments:

  1. saya setuju 100percnt cik dba..nak kualiti ka kuantiti kan??apa guna semua dapt A..kalu kualitinya takda..kan?kan?

    ReplyDelete
  2. donia skarang pntgkn kuantiti dr kualiti..donia oh donia

    ReplyDelete